Jelajah Belia Rukun Negara bentuk generasi berwawasan

Jelajah Belia Rukun Negara bentuk generasi berwawasan

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan belia perlu memupuk prinsip Rukun Negara dalam jiwa bagi melahirkan generasi berwawasan serta menghargai kedamaian dan kepelbagaian budaya.

Bagi menerapkan nilai-nilai murni itu, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia melancarkan Jelajah Belia Rukun Negara bermula Oktober ini sehingga awal tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, dengan menghayati Rukun Negara, belia dapat berperanan aktif dalam pembangunan negara dan memupuk semangat patriotisme yang kukuh.

Katanya, program itu bertujuan untuk membentuk kemenjadian belia yang menjiwai Rukun Negara sekali gus mengiktiraf mereka sebagai Duta Kecil Rukun Negara.

“Seramai 1,200 peserta berumur antara 18 hingga 30 tahun dari seluruh negara terlibat dalam program ini.

“Pelaksanaan program ini menggariskan dua objektif utama iaitu meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan pembudayaan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

“Seterusnya, mencambahkan idea, falsafah dan pemahaman berkaitan agenda penghayatan Rukun Negara sebagai agen penyatuan dalam kalangan belia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Aaron, tema ‘Menjiwai Rukun Negara’ signifikan dengan usaha memastikan roh dan semangat Rukun Negara dihayati sebagai pembina dan pengikat semangat cintakan negara dalam jiwa rakyat.

“Empat tema utama dicadangkan dalam modul Penghayatan Rukun Negara adalah Kenapa dan Mengapa?, Mendakap Kepelbagaian, Kefahaman yang Mendalam terhadap Rukun Negara serta Pembinaan Jati Diri dan Nilai Kemanusiaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya