Jawatankuasa khas teliti cadangan pindaan Akta 355 - Zulkifli

Jawatankuasa khas teliti cadangan pindaan Akta 355 – Zulkifli

ZULKIFLI HASAN-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam turut serta dalam meneliti cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, laporan hasil kajian itu akan diambil kira dalam menggubal pindaan kepada Akta 355.

 

“Cadangan pindaan kepada Akta 355 ini juga akan dibentangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk persetujuan dasar sebelum dibentangkan di Parlimen.

 

“Selain itu, pindaan kepada akta ini akan dibawa ke Parlimen bersama dengan suatu akta baharu insya-Allah, iaitu bukan sahaja akta ini tetapi akta baharu, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dengan tujuan memperkasa mahkamah syariah.

 

“Kedua-dua RUU tersebut akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri bagi memastikan hasrat untuk pemerkasaan mahkamah syariah dapat direalisasikan,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya