Jangan kekang kebebasan bersuara di IPT

Jangan kekang kebebasan bersuara di IPT

Teresa Kok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak cuba mengekang kebebasan bersuara dalam kalangan ahli akademik dan pelajar.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, semua IPT di dalam negara perlu berhenti mengeluarkan sebarang arahan yang boleh mengekang suara ahli akademik dan pelajar.

“Suara akademik tidak patut ditekan atau dibungkam. Kebebasan akademik memainkan peranan yang penting untuk mendorong inovasi, membentuk pemikiran kritikal dan mempromosikan kemajuan sosial.

“Ahli akademik Malaysia haruslah berani menyuarakan pandangan kerana pemikiran mereka adalah kekuatan yang penting untuk kemajuan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa kebebasan ahli akademik universiti tempatan untuk menyuarakan pandangan tetap akan dipertahankan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian tidak menyekat kebebasan ahli akademik dalam kalangan pensyarah namun setiap kenyataan atau pandangan yang dikeluarkan perlu bersandarkan kepakaran masing-masing.

Teresa Kok berkata, beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Zambry.

Jelasnya, pendirian itu amat penting untuk memastikan universiti terus menjadi tempat pertukaran fikiran dan pertembungan idea dalam pembangunan negara.

“Saya juga setuju dengan pandangan Menteri Pengajian Tinggi bahawa undang-undang seperti Akta 605 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 tidak seharusnya menjadi alat untuk menekan pendapat dan pandangan ahli akademik,” katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkongsi keluhan warga akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung arahan supaya pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam termasuk dalam media sosial.

Bagaimanapun, UKM yang menafikan pihaknya menghalang kebebasan mana-mana kakitangannya untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis termasuk dalam media sosial.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya