Jangan gusar kehadiran kapal tentera negara lain  - Adly

Jangan gusar kehadiran kapal tentera negara lain  – Adly

ADLY Zahari (tiga dari kanan) melawat reruai pameran produk jualan usahawan PUVET ATM di sebuah hotel di Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kehadiran kapal-kapal tentera  negara luar di perairan negara ini sebahagian daripada hubungan kerjasama atau bilateral antara Malaysia dan negara terbabit.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rakyat tidak perlu gusar dengan keselamatan dan pertahanan di perairan negara kerana setiap kapal yang memasuki perairan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

“Saya rasa tidak perlu gusar, ini amalan biasa dan kita sudah sampaikan maklumat tersebut kepada Parlimen bahawa perkara ini adalah sebahagian daripada kerjasama bilateral kita.

“Sebenarnya kita bekerjasama dengan Kementerian Luar, biasanya mana-mana kapal yang mahu berlabuh di Malaysia kena buat permohonan kepada kita,” kata beliau bagi mengulas  kekerapan kemasukan kapal  China ke perairan negara akhir-akhir ini.

Terdahulu, Adly  menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di sebuah hotel, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada Oktober sahaja, Malaysia menerima kunjungan dari negara-negara seperti Amerika Syarikat (USA), Itali, Jerman, Russia dan China.

Selain itu, kata Adly, hubungan kerjasama antara Malaysia dan China bukanlah baharu, sebaliknya sudah memasuki usia 50 tahun.

Sementara itu, mengulas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, beliau berkata, fokus pengambilan peserta pada tahun hadapan melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya rasa ada salah faham mengenai usia pengambilan peserta PLKN ini, memang wujud keresahan kepada mereka yang sudah mempunyai pekerjaan dan sudah berkahwin.

“Saya jelaskan di sini bahawa kita meletakkan akta lingkungan umur itu tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran.

“Tetapi fokus kita untuk pelajar lepasan SPM  sekiranya mereka mempunyai kekangan dan tidak dapat sertai latihan pada tahun tersebut maka mereka boleh hadir sehingga umur mereka 35 tahun,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya