Jangan cuba beli kit ujian mpox di farmasi, e-dagang

Jangan cuba beli kit ujian mpox di farmasi, e-dagang

KIT ujian virus mpox jenama terkenal Viasure hanya boleh dikendalikan oleh pengamal profesional. - Foto ihsan media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat dinasihatkan agar tidak sekali-kali cuba membeli kit ujian cacar monyet atau mpox sama ada menerusi farmasi atau pun mana-mana platform atas talian.

Peringatan tersebut disuarakan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Dr. Muralitharan Paramasua yang memaklumkan, produk itu hanya boleh dikendalikan pengamal perubatan berlesen profesional dan tidak boleh digunakan orang awam.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih memantau melalui aktiviti penguatkuasaan ketat di seluruh negara, namun setakat ini belum ada farmasi atau e-dagang yang menjual produk itu kerana ia satu kesalahan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012.

“Risiko jika kit itu cuba dikendalikan oleh bukan individu yang sepatutnya kerana kemungkinan besar melaporkan pula hasil keputusan ujian tidak tepat.

“Ia dibimbangi boleh menyebabkan berlaku isu penularan virus mpox dalam kalangan orang awam yang berhubungan secara langsung dengan pesakit“ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada 29 Ogos lalu, beliau memaklumkan bahawa pihak MDA telah pun meluluskan satu kit ujian virus penyakit tersebut yang pertama seumpamanya bagi kegunaan di Malaysia.

Mengulas lanjut, Muralitharan berkata, setakat ini hanya satu jenama diluluskan MDA iaitu Viasure yang boleh mengesan virus tersebut secara kaedah ‘polymerase chain reaction’.

“Kit ini keluaran syarikat terkenal antarabangsa, Certest Biotec yang berpusat di Sepanyol dan ditubuhkan pada 2002 lalu serta turut diedarkan ke lebih 130 buah negara,” jelasnya.

Tinjauan mendapati, produk itu ada ditawarkan secara terbuka menerusi laman e-dagang antarabangsa dengan harganya lingkungan AS$400 (kira-kira RM1,720) bagi satu botol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya