Jalan Tanjung Pari-Ulu Legong retak, runtuh ditutup - Utusan Malaysia

Jalan Tanjung Pari-Ulu Legong retak, runtuh ditutup

KEADAAN runtuhan dan keretakan di jalan alternatif yang menghubungkan Ulu Legong-Weng-Tanjung Pari, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Jalan Tanjung Pari-Ulu Legong, di sini yang merupakan laluan alternatif menghubungkan Ulu Legong-Weng-Tanjung Pari ditutup selepas berlaku runtuhan pada sebahagian jalan di situ, semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling, memaklumkan jalan itu ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sementara itu, penutupan jalan itu bagaimanapun tidak menjejaskan pergerakan penduduk setempat kerana jalan utama yang menghubungkan Ulu Legong dan Tanjung Pari tidak terjejas.

Selain itu, terdapat beberapa video tular menunjukkan retakan panjang serta runtuhan jalan itu dikesan seorang penduduk yang kemudian melakukan langkah awal dengan menutup laluan dengan meletakkan dahan pokok.

Menurut penduduk terbabit, masih berlaku pergerakan tanah di kawasan berbukit itu selain terdapat sungai di bahagian bawah. Dia turut menunjukkan retakan pada jalan yang semakin luas.

Kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan di daerah ini yang turut menyebabkan banyak kampung dilanda banjir sehingga menyebabkan seramai 804 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, kejadian tanah runtuh pada tebing jalan itu adalah akibat kejadian hujan.

“Para pengguna boleh menggunakan laluan lain iaitu Jalan Baling-Gulau-Durian Burung,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya