JAKIM iktiraf lagi lima badan pensijilan halal luar negara tahun ini

JAKIM iktiraf lagi lima badan pensijilan halal luar negara tahun ini

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lima badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini.

Ia susulan pindaan ke atas Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 berhubung penambahan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pindaan itu dilakukan bertujuan mengemas kini senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim dalam Jadual Kedua, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Jakim mengiktiraf tambahan lima badan pensijilan halal luar negara pada 2024, masing-masing satu dari Brazil, Mongolia dan Uruguay manakala dua adalah dari Rusia.

“Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim adalah sebanyak 88 pihak berautoriti merangkumi 49 buah negara di seluruh dunia.

“Pindaan Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 telah diwartakan pada 4 Oktober dan mula berkuat kuasa pada 5 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Armizan berkta, sebanyak 53 kes berkaitan halal direkodkan dalam tempoh  sembilan bulan sembilan bulan sejak 1 Januari hingga 30 September lalu dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sejumlah RM1.81 juta.

“Antara kesalahan dilakukan adalah berkaitan penggunaan logo halal palsu, tidak menggunakan perakuan halal daripada pihak berkuasa berwibawa dan sebagainya.

“KPDN berharap agar semua pihak dapat mematuhi perundangan yang sedang berkuat kuasa terutama berhubung isu halal ini.

“Kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pihak yang berkaitan dan boleh didenda,” katanya.

Kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pihak yang berkaitan dan boleh didenda bagi syarikat tidak melebihi RM200,000.

Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000,

Individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya