Jakim diminta sedia laporan isu puja guru agama

Jakim diminta sedia laporan isu puja guru agama

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyediakan laporan berhubung video tular membabitkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar mengalun bait tertentu dalam bahasa Arab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Jakim juga diminta membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk tindakan.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd. Na’im, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan iaitu Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia diminta untuk melipatgandakan usaha.

“Ini bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial kumpulan berkenaan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang didakwa memuja dan memuji secara melampau seorang guru agama dari negeri utara dilihat boleh membawa kepada amalan kekultusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya