JAIS arah tutup sekolah agama terlibat gangguan seksual

JAIS arah tutup sekolah agama terlibat penderaan, gangguan seksual

JAIS polis
MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengarahkan mana-mana sekolah agama di negeri ini yang dikesan terlibat dalam penderaan dan gangguan seksual ditutup dan dibatalkan pendaftarannya.

Pembatalan tersebut akan dibuat di bawah Seksyen 15 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan (2001) kerana ia bukan sahaja perbuatan tidak bermoral atau wajar, bahkan bertentangan dengan akidah Islam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kurikulum Islam tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah yang merosakkan prinsip manusiawi dan ihsan.

“Beberapa kes melibatkan penderaan fizikal dan kes seksual melibatkan pelajar sekolah agama swasta sangat mendukacitakan dan sangat terpesong daripada prinsip mendidik mengikut Islam.

“Kes terbaharu yang tular melibatkan 4 pelajar hilang dari sebuah sekolah tahfiz kerana disyaki didera dan menjadi mangsa seksual. Jika benar berlaku, ia suatu yang sangat memalukan, melampau, tidak bertamadun dan terkeluar sama sekali daripada konsep mendidik yang ditetapkan oleh Islam,” katanya, hari ini

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan empat pelajar tahfiz yang hilang selepas keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini sejak 7 Oktober laku sudah ditemui tengah malam tadi.

Bapa mangsa, Rashidi Othman, 53 memberitahu, penemuan empat kanak-kanak termasuk anaknya di kawasan Bangi, Selangor dimaklumkan kepadanya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan ibu bapa atau penjaga boleh menuntut hak anak-anak mereka jika diperlakukan sedemikian termasuk mendakwa sekolah terlibat di mahkamah.

Menurutnya, mengikut Seksyen 8 enakmen yang sama, pihak sekolah swasta adalah tertakluk untuk didakwa dan mendakwa.

“Ibu bapa dan penjaga, diingatkan supaya sentiasa memerhati perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa agar kelainan sikap dan tingkah laku anak- anak yang dikesan di peringkat awal.

“Kemudian ia dapat dihadapi dengan langkah-langkah yang sesuai dan tepat seterusnya dapat mengekang daripada keadaan semakin buruk dan merosakkan masa depan para pelajar,” jelasnya.

Katanya lagi, para pendidik sepatutnya memberi contoh teladan yang baik kepada para pelajar sesuai dengan peranannya sebagai seorang pendidik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya