Jadikan al-Quran inspirasi dalam kepemimpinan – TPM

Jadikan al-Quran inspirasi dalam kepemimpinan – TPM

FADILLAH Yusof diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar bersalaman dengan tetamu pada majlis perasmian World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pe­mimpin yang diamanahkan de­ngan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan memacu negara di­ingatkan untuk menjadikan ajaran al-Quran sebagai inspirasi dalam membuat tindakan serta keputusan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, al-Quran dan sunnah menyediakan rangka kerja yang menyeluruh untuk kepemim­pinan, pengurusan diri dan ha­la tuju masyarakat.

Kata beliau, al-Quran menjunjung integriti yang tinggi, kejujuran dan ketelusan dalam tadbir urus untuk terus memupuk kepercayaan di kalangan rakyat serta untuk mengukuhkan asas institusi.

“Sebagai pemimpin, kita se­mua diamanahkan dengan ke­wajipan untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan untuk semua masyarakat kita tanpa mengira latar belakang atau status mereka.

“Tambahan pula, sikap belas kasihan terhadap sesama manusia sering ditekankan dalam al-Quran. Rasulullah SAW menerapkan nilai tersebut dalam urusannya dengan orang lain, sentiasa menunjukkan kebaikan dan empati.

“Sebagai pemimpin, kita mempunyai kewajipan untuk mengikut telunjuk Rasulullah SAW dan mendahulukan ke­perluan mereka yang lemah serta kehilangan hak untuk terus mempromosikan komuniti yang inklusif dan prihatin,” katanya semasa berucap di perasmian World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M, di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya