Jadi mangsa buli, Idan Aedan dibaling botol, ditendang empat pelajar - Utusan Malaysia

Jadi mangsa buli, Idan Aedan dibaling botol, ditendang empat pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Idan Aedan, mendedahkan pernah menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Perak ketika berusia lapan tahun.

Jelas Idan, 20, kejadian itu dikatakan berpunca daripada segelintir murid lelaki yang cemburu akan kebolehannya berbahasa Inggeris dan diminati ramai pelajar perempuan.

“Saya seorang yang introvert. Di rumah ibu besarkan saya untuk mahir bercakap dua bahasa.

“Jadi, di sekolah ada subjek yang saya cemerlang seperti bahasa Inggeris. Mungkin ada segelintir tidak puas hati dengan saya membuatkan mereka baling botol dari belakang.

“Tambahan pula dalam kelas itu ada beberapa gadis meminati saya. Mungkin mereka cemburu dan buli saya. Balik rumah saya menangis,” katanya.

Idan ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Budak Pendamping di Ampang, baru-baru ini.

Tidak hanya itu, pelakon Mr Midnight: Beware The Monster itu juga pernah ditendang oleh empat lelaki tanpa sebab.

“Oh ya, ada satu lagi kejadian. Saya pernah disepak oleh empat orang pelajar lelaki sehingga lebam.

“Yang itu saya sendiri tidak tahu apa puncanya. Mujurlah saya lekas sedar kakak saya seorang Ketua Pengawas. Apa-apa, dia akan jaga saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Idan turut bersimpati dengan nasib pelajar yang pernah dibuli sehingga menyebabkan kurang keyakinan diri.

“Saya tidak boleh bayangkan budak-budak yang pernah kena buli sampai keyakinan diri mereka jadi rendah sehingga dewasa.

“Inilah kenapa kita tak patut sokong pembuli.

“Naskhah Budak Pendamping juga ketengahkan isu ini. Jangan kita buli orang lain sebab kita tak tahu apa yang mereka lalui,” tambahnya.

Selain Idan, antara pelakoj yang turut menjayakan siri itu ialah Fimie Don, Syafie Naswip dan Puteri Sarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya