Izzah mara ke suku akhir Kejohanan Berbasikal Trek Dunia

Izzah mara ke suku akhir Kejohanan Berbasikal Trek Dunia

NURUL Izzah Izzati Mohd Asri akan berlumba pada saingan suku akhir Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 pada pukul 7.30 malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba sensasi berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjaya mara ke suku akhir keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Ballerup Super Arena, Denmark, Izzah mempamerkan kayuhan bertenaga selepas mengungguli saringan pertama pusingan repechage.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Hong Kong, Cho Yiu Yeung diikuti Urszula Los dari Poland berada di carta ketiga.

Sebelum ini, Izzah terkandas pada saringan pertama di pusingan pertama selepas menduduki tempat ketiga dari lima pelumba sekali gus memaksa beliau ke repechage.

Menurut format pertandingan, hanya dua pelumba teratas yang mara ke saingan suku akhir.

Izzah akan bersaing di perlumbaan suku akhir pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Sementara itu, Anis Amira Rosidi terpaksa pulang awal selepas terkandas di saingan repechage pada saringan kedua selepas menduduki tempat tercorot.

Tempat pertama menjadi milik pelumba Australia, Kristina Clonan manakala Steffle Peet dari Belanda menduduki carta kedua.

Sebelum ini, Anis menduduki tempat keempat pada pusingan pertama di saringan ketiga yang memaksanya ke repechage. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya