‘Itu tanggungjawab semua lelaki, bukan saya sahaja’ - Utusan Malaysia

‘Itu tanggungjawab semua lelaki, bukan saya sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dipuji bertanggungjawab menjaga nafkah, pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan perkara itu adalah tugas wajib para suami.

Menurut Haris, seorang suami perlu menjaga nafkah yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan keluarga termasuklah tugas pembayaran bil dan perbelanjaan rumah.

“Secara mudahnya, itu adalah tanggungjawab semua lelaki bukan saya seorang sahaja.

“Semua lelaki yang sudah berkahwin kena jaga nafkah yang perlu kita bagi. Itu adalah wajib,” katanya.

Haris berkata demikian selepas diminta mengulas tentang video podcast yang tular ketika isterinya, Neelofa mendedahkan bahawa dia tidak pernah membayar sebarang bil dan perbelanjaan rumah sejak berkahwin sekaligus meraih perhatian ramai.

Namun, Haris menganggap tiada apa yang perlu dibanggakan memandangkan itu merupakan sesuatu perkara yang wajib dilakukan.

“Sama seperti solat. Mungkin akan ada isteri yang berkata suaminya solat lima waktu.

“Bagi saya perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana semua umat Islam wajib solat,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Sebelum ini, Neelofa yang mengendalikan sesi podcast itu turut mendedahkan Haris sering melarangnya untuk membayar bil atau berbelanja keperluan rumah menggunakan duit sendiri.

Kata Neelofa, suaminya itu sering mengingatkannya tentang tanggungjawabnya sebagai suami bahkan, akan bertanya tentang bil jika ternampak dia membeli barang keperluan rumah tanpa pengetahuannya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN