Isu subsidi T15, kemelut Duta Enclave fokus Dewan Rakyat hari ini

Isu subsidi T15, kemelut Duta Enclave fokus Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu definisi subsidi bersasar untuk petroleum RON95 bagi golongan T15 antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi Jawab jawab lisan yang akan diajukan oleh Khoo Poay Tiong (PH- Kota Melaka) kepada Perdana Menteri.

Pertanyaan tersebut melihat konflik dalam pemberian subsidi bersasar petroleum RON95 kepada golongan T15 dan definisi golongan tersebut

Dalam sesi sama, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah penyelesaian Kerajaan dalam kemelut Duta Enclave di Mukim Batu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pemulangan semula 263.272 ekar (106.54 hektar) tanah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 35 hari iaitu hingga 12 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya