Isu kedaulatan wilayah maritim, sindiket scammer antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Isu kedaulatan wilayah maritim, sindiket scammer antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan antara persoalan yang bakal dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi  jawab lisan yang diajukan oleh Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) kepada Menteri Luar Negeri.

Pertanyaan tersebut selepas melihat suhu konflik di perairan Laut China Selatan yang semakin kemuncak terutama melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina.

Dalam sesi sama, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan membuat pindaan undang-undang yang berkaitan untuk menangani sindiket scammer (penipuan) yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai untuk menjalankan aktiviti haram.

Prabakaran M Parameswaran (PH-Batu) pula meminta Perdana Menteri menyatakan status keselamatan terkini dan tindakan bakal diambil hasil daripada kajian dijalankan berkaitan tanah jerlus di Jalan Masjid India termasuk kawasan-kawasan lain yang berpotensi berlaku mendapan.

Persidangan Parlimen kemudian disusuli Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024, manakala Menteri Pengangkutan membentangkan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari iaitu hingga 12 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya