Isu kartel seleweng dana sekolah, SPRM tahan pegawai kanan PPD

Isu kartel seleweng dana sekolah, SPRM tahan pegawai kanan PPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan lantikan pembekal bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat bernilai kira-kira RM600,000.

Kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an ditahan reman empat hari sehingga 30 Oktober ini.

Permohonan reman oleh SPRM itu dibuat dihadapan Penolong Kanan Pendaftar, Dzul Elmy Yunus di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah semalam.

“Suspek merupakan pegawai kanan yang bertugas di salah sebuah pejabat pendidikan daerah di Sabah dipercayai melakukan kegiatan ini dengan menerima sejumlah rasuah pada tahun 2023 hingga 2024 melalui kemasukan wang ke akaun bank milik proksinya.

“Suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk berpakat melantik beberapa pembekal dalam urusan perolehan secara pembelian terus dan sebut harga bagi pembekalan bahan mentah penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di daerah tersebut,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda mendedahkan isu kartel penyelewengan dana sekolah melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat sewaktu ucapan perbahasan dasar Belanjawan 2025 di Parlimen dan menggesa SPRM menjalankan siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya