Isu BlackRock: PN kemuka analisis teknikal, dakwa boleh bantu tingkatkan pendapatan negara

Isu BlackRock: PN kemuka analisis teknikal, dakwa boleh bantu tingkatkan pendapatan negara

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengemukakan analisis teknikal berhubung penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkan dengan BlackRock.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, analisis tersebut bagi membalas hujah kepada kerajaan yang kekal membuat keputusan untuk menjual saham MAHB itu.

Kata beliau, analisis tersebut didakwa boleh membantu meningkatKan MAHB dan pendapatan negara melalui lapangan terbang milik Malaysia.

“Soalnya sekarang, apakah kerajaan berminat untuk mendengar pembangkang membawa kritikan membina kepada mereka? Kalau tengok apa berlaku pada saya (digantung selama enam bulan), nampaknya macam tidak berminat.

“Kalau saya diberikan ruang untuk berbahas di Parlimen pada Belanjawan 2025 ini, saya akan bentang tapi saya ‘disenyapkan’ sebab saya tahu tentang perkara ini. Ia merupakan sebab utama saya tidak dibenarkan bercakap dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau sudah mengemukakan hal tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). 

“Tetapi PAC bukan milik PN seorang, ia gabungan dengan penyokong kerajaan atau backbenchers. Jadi, ada pihak dalam jawatankuasa tersebut yang saya difahamkan kurang selesa dengan apa kami tuntut ini.

“Jadi, kami minta perkara ini disegerakan, demi kepentingan rakyat. Kata nak buat semak dan imbang. Inilah platform yang kami minta, kami tidak pergi (buat protes) di jalanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya