Isu bendera tidak jejas karnival jualan Deepavali

Isu bendera tidak jejas karnival jualan Deepavali

KARNIVAL jualan sempena Deepavali yang diadakan berdekatan Dataran Menara Condong di Teluk Intan, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Isu sekumpulan individu mengibarkan bendera negara China di Dataran Menara Condong beberapa hari lalu tidak menjejaskan karnival jualan sempena Deepavali berdekatan menara tersebut.

Tinjauan mendapati jualan yang diadakan setiap kali menjelang Deepavali itu tetap mendapat sambutan dan perniagaan berjalan seperti biasa.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Megat Amerudin Megat Danian berkata, Dataran Menara Condong mengadakan karnival jualan setiap kali Deepavali.

Menurutnya, karnival itu bukan sahaja memudahkan orang ramai membeli barang keperluan untuk Deepavali tetapi juga memberi peluang kepada peniaga tempatan menjual produk yang mereka hasilkan.

“Karnival jualan Deepavali dapat merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang kepada para peniaga kecil untuk mempamer dan memasarkan produk mereka.

“Karnival ini merupakan acara tahunan yang berjaya menarik pelancong melawat bandar ini. Di sini pelancong dapat melihat kemeriahan sambutan perayaan pelbagai kaum yang terdapat di negara ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Selangor, Jaya Morgan, 52, berkata, dia antara pengunjung setia karnival itu dan akan ke sana untuk membeli keperluan Deepavali.

“Ramai peniaga di sini yang menjual barangan keperluan Deepavali seperti kuih, biskut raya, manisan pakaian dan baju,” katanya.

Peniaga peralatan sembahyang agama Hindu, J. Muniady 57, berkata, kejadian sekumpulan individu yang mengibar bendera negara China beberapa hari lalu tidak menjejaskan sambutan pelanggan di karnival itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya