IPTS tawar kursus teknologi digital diberi potongan cukai khas

IPTS tawar kursus teknologi digital diberi potongan cukai khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital diberi potongan cukai khas dalam Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerangka ini menumpukan aktiviti bernilai tinggi ketimbang insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu. 

Beliau berkata, kerangka ini dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025 bagi meningkatkan tahap kerencaman sektor ekonomi E&E melalui aktiviti bernilai tambah tinggi seperti perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC) dan bahan termaju.

“Rangka ini bagi menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Potongan cukai khas diberikan kepada IPTS yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI, robotik, internet kebendaan (IoT), sains data, FinTech dan teknologi mampan.

“Kerangka Insentif Pelaburan Baharu ini akan terus disokong melalui fasilitasi pelaburan yang inklusif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang seimbang di seluruh negara. 

“Langkah ini termasuk memperkenal dana pelaburan strategik bernilai RM1 bilion sebagai usaha meningkatkan kapasiti bakat tempatan dan menggalakkan aktiviti bernilai tinggi dilaksanakan di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN