INTAC24 tawar platform ideal jaringan, kolaborasi industri pelancongan

INTAC24 tawar platform ideal jaringan, kolaborasi industri pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pameran & Persidangan Pelancongan dan Budaya Antarabangsa (INTAC24) menawarkan platform yang ideal untuk jaringan dan kolaborasi antara profesional industri, akademik, dan badan kerajaan.

Dalam satu kenyataan, acara yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini itu menghimpunkan profesional pelancongan, pencinta budaya, pemimpin industri, dan wakil kerajaan dari seluruh dunia.

Selain itu, acara anjuran WEX Malaysia Sdn Bhd itu  dijangka menarik lebih daripada 100,000 pengunjung dengan lebih daripada 300 pempamer yang mewakili 31 buah negara. 

“Ia termasuk Malaysia, Filipina, Argentina, Bangladesh, Georgia, Indonesia, Iraq, Kazakhstan, Kenya, Kyrgyzstan, Maldives, Bosnia dan Herzegovina, China, Jepun, Sri Lanka, Malawi, Pakistan, Azerbaijan, Burundi, India, Ghana, Syria, Mexico, Peru, Singapura, Afrika Selatan, Uganda, Amerika Syarikat (AS), Yaman, Zambia, dan Myanmar.

“Selain mempamerkan tarikan pelancongan dan budaya, acara ini juga menjadi platform untuk pakar akademik dan industri berbincang mengenai pelancongan lestari, pemuliharaan warisan secara bertanggungjawab, dan masa depan pelancongan global,” kata kenyataan itu. 

INTAC24 dirasmikan hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Jelas kenyataan itu, matlamat utama INTAC24 adalah untuk memupuk perhubungan global dan pertukaran budaya, sambil menonjolkan nilai-nilai yang terbaik dalam pelancongan, seni, dan warisan budaya.

“Salah satu tumpuan utama acara ini ialah persidangan antarabangsa dengan tema ‘Memelihara Masa Lalu, Membentuk Masa Depan: Pelancongan Bertanggungjawab melalui Warisan Budaya.’

“Sub-acara ini menghimpunkan pakar-pakar global, pembuat dasar, dan peneraju industri untuk membincangkan cabaran dan peluang dalam memelihara warisan budaya melalui pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya