Insiden bot regata karam: 5 mayat mangsa ditemui

Insiden bot regata karam: 5 mayat mangsa ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat kelima-lima mangsa terlibat dalam insiden bot regata karam semasa latihan di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa di Kuching pada Jumaat lalu, ditemukan pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, kesemua mangsa itu ditemukan secara berperingkat dari antara pukul 6.16 pagi hingga 7.09 pagi tadi.

“Kelima-lima mangsa telah dijumpai dan kini menunggu pengesahan daripada pihak polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Dua mangsa ditemukan pada pukul 6.16 pagi, satu lagi pada 6.40 pagi, Sarawak Coastguard menemui seorang lagi pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir ditemukan pada 7.09 pagi dengan bantuan dron,” katanya.

Mangsa-mangsa terlibat dalam tragedi itu dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama’ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd. Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26.

Terdahulu, media melaporkan, sebanyak lima peserta regata dikhuatiri lemas kira-kira jam 3.50 petang semalam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, apabila bot mereka karam susulan gelombang pergerakan sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan.

Kesemua peserta terlibat sedang menjalani latihan bagi acara kemuncak perlumbaan Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024 yang bakal diadakan pada 1 hingga 3 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya