Inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti perkhidmatan awam - Cuepacs

Inisiatif kerajaan tingkatkan kualiti perkhidmatan awam – Cuepacs

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai kerajaan kerana memberi keutamaan kepada perkhidmatan awam melalui pelbagai inisiatif melalui Belanjawan 2025.dnan

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, segala komitmen kerajaan dalam memberikan inisiatif terhadap penjawat awam memberikan impak positif kepada kualiti perkhidmatan awam.

“Komitmen kerajaan mahu menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat adalah selaras dengan inisiatif pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan.

“Ini secara tidak langsung mampu untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

“Oleh itu, saya berharap semua penjawat awam memberikan komitmen yang penuh dalam memastikan iltizam kerajaan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan terutama melibatkan kerjasama dan koordinasi antara jabatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, Cuepacs menyambut baik inisiatif kerajaan yang komited dalam memastikan pendapatan boleh guna penjawat awam ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

“Kadar gaji minimum untuk kesemua penjawat awam ditetapkan pada paras RM2,115 sebulan melalui pelaksanaan SSPA pada 1 Disember ini secara berfasa.

Mengulas lanjut, Cuepacs turut menghargai komitmen kerajaan dalam meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam.

“Pemberian berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang akan disalurkan pada Februari 2025.

“Bantuan itu memberikan kelegaan kepada penjawat awam terutama dalam menghadapi pembukaan sesi persekolahan dan sambutan Ramadan serta Aidilfitri pada tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN