Industri kreatif digital perlukan lebih ramai bakat STEM

Industri kreatif digital perlukan lebih ramai bakat STEM

TEO Nie Ching melihat permainan E-sukan pada Majlis Pelancaran Cyberjaya Digital Creative Circuit (CIRc8) 2024 di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) amat diperlukan bagi mempersiapkan generasi masa hadapan terhadap kepesatan kemajuan teknologi dalam industri kreatif digital.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pada tahun ini, sejumlah 50.83 peratus pelajar mendaftar dalam aliran tersebut di sekolah, iaitu peningkatan daripada 45.72 peratus berbanding tahun lalu.

Justeru, katanya, kemajuan itu menunjukkan petanda baik untuk masa depan serta menjadi contoh yang jelas bagaimana pendidikan STEM dapat membentuk generasi akan datang.

“Bagi mengembangkan industri (kreatif digital), kita memerlukan lebih ramai bakat dan perlu memupuk generasi muda bahawa STEM bukan lah subjek susah untuk mereka, tetapi seronok.

“Pada akhirnya, kita boleh melahirkan lebih ramai bakat untuk industri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cyberjaya Digital Creative Circuit (CIRc8) 2024 di sini hari ini.

Acara selama dua hari bermula hari ini sehingga esok itu menganggarkan kehadiran kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pemain utama dalam industri animasi dan e-sukan, bakat, komuniti serta pengunjung.

Selain arked permainan mini, pengunjung turut dihiburkan dengan pameran seni maya oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta berpeluang bertemu watak animasi tempatan yang popular.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Cyberjaya berada di landasan tepat dengan acara seperti CIRc8 yang menonjolkan inovasi, kreativiti dan kerjasama dalam ekosistem tersebut.

“Platform ini menyediakan peluang baik untuk pemain digital dan kreatif untuk berhubung, berkongsi idea dan membangunkan projek-projek inovatif yang akan menyumbang kepada ekonomi kreatif Malaysia yang semakin berkembang,” katanya.

Industri kreatif digital terus berkembang kukuh apabila Malaysia kini menempatkan lebih daripada 300 studio kandungan digital dan mencipta lebih daripada 180 harta intelek (IP) asli dalam bidang animasi dan permainan video. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya