Indonesia sentiasa buka pintu untuk pelakon Malaysia - Mira Filzah - Utusan Malaysia

Indonesia sentiasa buka pintu untuk pelakon Malaysia – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mira Filzah, 31, menasihatkan kepada pelakon di negara ini tidak mensia-siakan peluang berlakon di Indonesia.

Katanya peluang sedemikian perlu diambil kerana ia membawa impak yang baik kepada kerjaya pelakon berkenaan.

“Industri drama dan perfileman Indonesia sentiasa membuka pintu mereka untuk pelakon kita.

“Sebenarnya, ramai pelakon kita yang sudah pun mengikuti penggambaran di sana.

“Bagi saya peluang begini bagus kerana pelakon kita bukan sahaja akan timba pengalaman, malah dapat bekerja dengan orang baharu dan mengenali budaya baharu,” katanya.

Mira berkata demikian sewaktu sidang media drama Hikayat bawang Putih Bawang Merah.

Drama berkenaan yang diarahkan Datuk Yusry Abdul Halim ditayangkan bermula 21 Oktober ini di saluran Astro Ceria.

Mengulas mengenai pengalaman berlakon di bawah produksi Indonesia, Mira yang sebelum ini muncul menerusi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu mengakui merasai perbezaan cara kerja penggiat filem di negara itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya merasakan penggambaran di Indonesia berlaku cepat.

“Contoh filem yang saya jayakan baru-baru ini hanya mengambil tempoh selama 18 hari untuk ia disiapkan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya