Individu dedah suami ada hubungan sulit, Fazura titip semangat - Utusan Malaysia

Individu dedah suami ada hubungan sulit, Fazura titip semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak rumah tangganya terpalit dengan isu curang, tindakan aktres terkenal, Nur Fazura meninggalkan respons terhadap perkongsian seorang pengguna X telah meraih tumpuan ramai.

Fazura yang bersimpati dengan nasib seorang wanita yang mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan dengan seorang pekerja di platform itu berharap agar individu itu tersebut terus kuat.

“Assalamualaikum sis. Saya titipkan pelukan dan kasih sayang terbesar yang mampu saya berikan. Tetap kuat,” komennya.

Tertarik dengan respon spontan itu, rata-rata pengguna aplikasi tersebut mendakwa aktres itu sedang memberikan gambaran dia menerima nasib yang sama.

Namun, ada juga pihak yang kurang senang dengan tindakan Fazura yang dianggap sengaja mengeruhkan suasana yang sudah tenang.

“Awak sepatutnya mengendalikan situasi ini dengan lebih baik dan berkelas. Elok-elok sudah tenang, sekarang macam pancing drama baharu. Lebih banyak spekulasi timbul. Kesian anak dan keluarga mertua terutamanya. Sangat mengecewakan,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, rumah tangga pelakon filem Pisau Cukur itu bersama suaminya, Fattah Amin dikatakan sedang bergolak kerana orang ketiga.

Fattah bagaimanapun menafikan kewujudan orang ketiga tersebut setelah Fazura bertindak memfailkan perceraian terhadapnya, 13 September lalu.

Difahamkan, pasangan itu bakal menjalani kes sebutan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober ini.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya