Imigresen Kuala Lumpur ronda perniagaan di Little India

Imigresen Kuala Lumpur ronda perniagaan di Little India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menjelang Deepavali, Jabatan Imigresen Kuala Lumpur  melakukan pemeriksaan dan rondaan mengejut di beberapa kawasan tumpuan orang ramai termasuk warga asing di sekitar ibu negara di sini hari ini.

Antara lokasi  diperiksa bermula pukul 10.30 pagi ialah di  kawasan sekitar Little India di  Brickfields

Pasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaan secara rawak  melibatkan gerai-gerai serta premis perniagaan khususnya yang menggajikan warga asing.

Pengarah Jabatan Imigresen  Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi hari ini melibatkan 13 pegawai dan anggota imigresen.

Menurut  beliau, pasukan petugas menjalankan rondaan serta pemeriksaan mengejut terhadap warga asing yang dipercayai menjadi pekerja di premis-premis perniagaan.

“Selain itu, nasihat turut diberikan terhadap majikan terlibat berkaitan pematuhan undang-undang,” katanya di sini.

Beliau berkata, pegawai dan anggota imigresen  terlibat dalam rondaan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan di lokasi berkenaan.

“Usaha dijalankan ini bagi memastikan kawasan Little India menjadi lokasi selesa buat seluruh warga sama ada tempatan atau pelancong asing,”jelasnya.

Menurut beliau, menerusi operasi iyu  mendapati segelintir warga asing tidak mematuhi peraturan antaranya menyalah  guna pas pekerjaan misalnya permit sepatutnya bekerja di sektor pembinaan namun dikesan menjadi pekerja di premis menjual pakaian.

“Imigresen memberikan amaran tegas terhadap majikan dan warga asing ini selain  meminta mereka mematuhi undang-undang negara ini,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya