Imigresen Kuala Lumpur bongkar pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan

Imigresen Kuala Lumpur bongkar pusat karaoke tawar GRO Korea Selatan

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur membongkar kegiatan sebuah pusat karaoke (KTV) eksklusif di Solaris di sini, yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Korea Selatan, awal pagi tadi.

Difahamkan, KTV tersebut turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan pelanggan.

Serbuan Op Gegar itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Imigresen Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Premis di tingkat dua itu difahamkan mengenakan bayaran sekitar RM300 hingga RM500 untuk khidmat layanan wanita terbabit.

Malah, ketika serbuan, penjaga premis enggan memberi kerjasama sehingga anggota dan pegawai terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi membuka pintu yang dilengkapi tiga jenis kunci.

Selain itu, beberapa individu dipercayai pelanggan juga dikesan cuba bersembunyi dengan menyorok di dalam stor.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 11 warga Korea Selatan membabitkan enam lelaki dan lima wanita ditahan dalam operasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga Korea Selatan.

“Premis itu dipercayai menerima pelanggan dalam kalangan warga Korea secara tempahan dalam talian mahu pun yang datang secara terus,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya