Ikhtiar Kiosk Sentuhan Madani himpun perkhidmatan kerajaan 

Ikhtiar Kiosk Sentuhan Madani himpun perkhidmatan kerajaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ikhtiar Kiosk Sentuhan Madani akan dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kiosk perkhidmatan kerajaan di kawasan 38 tumpuan seperti di pusat beli-belah supaya rakyat boleh berurusan dengan kerajaan di luar waktu pejabat.

“Urusan kerajaan melibatkan perniagaan juga perlu dinilai semula. Ini juga satu hal yang merumitkan. 

“Mengapa perlu dibebankan syarikat dengan terpaksa mendaftar secara berasingan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan HRD Corp sedangkan maklumat pekerja adalah sama? Sebaiknya, pendaftaran syarikat dapat disekalikan. Kerajaan bertegas untuk menelusuri hal ini,” kata Perdana Menteri.

Justeru,  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula menambah satu  jam waktu operasi di kaunter.  

Selain itu, sebuah UTC akan dibangunkan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Semua UTC juga akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan. 

Malah sistem iPayment yang dibangunkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai platform bayaran tanpa tunai akan digunakan di semua kaunter Kerajaan bermula tahun 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN