IJN naikkan caj: KKM lakukan perbincangan

IJN naikkan caj: KKM lakukan perbincangan

INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan perbincangan dengan Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan hospital tersebut mempertimbangkan untuk menaikkan caj perkhidmatan antara 10 hingga 40 peratus.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, IJN berada di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan KKM merupakan pelanggannya.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah keputusan daripada pihak IJN, kita akan berbincang (dengan mereka) dan memperhaluskan apakah punca peningkatan kos atau bayaran yang mereka kenakan kepada pesakit.

“Ini akan memberikan impak kepada KKM, kerana kita masih menghantar pesakit-pesakit yang dirujuk ke IJN. Kita tidak dapat mempengaruhi yuran dikenakan sebab ia bukan dibawah kementerian kami,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media di  Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Dr Ezani Taib, dilaporkan berkata kos telah meningkat sejak struktur caj perkhidmatan ditetapkan lebih 20 tahun yang lalu.

“Kami masih mengenakan caj kos asal kepada kerajaan.

“Jadi kami sedang memohon kenaikan antara 10 hingga 40 peratus, bergantung kepada prosedur, namun caj kami tidak akan mencapai tahap caj hospital swasta,” katanya seperti dilaporkan oleh akhbar mingguan kewangan The Edge.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya