Idea lama kita kembangkan - Tomok, Sharul ungguli Duo Terbaik - Utusan Malaysia

Idea lama kita kembangkan – Tomok, Sharul ungguli Duo Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasangan sepupu,Tomok dan Sharul Kamal dinobatkan sebagai pemenang Duo Terbaik pada konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-4 yang berlangsung semalam.

Bercerita mengenai kemenangan, Tomok tidak menafikan pengalaman menyertai beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini banyak membantu dari segi aspek idea persembahan.

“Jika ada yang merasakan persembahan saya malam semalam seperti saya pernah buat di pertandingan lain sebelum ini, saya akui memang betul. Cuma saya kembangkan idea.

“Ini juga pertama kali saya bertanding secara duo, ia sesuatu yang baru untuk saya.

“Saya suka berada atas pentas dan beri kelainan dalam persembahan.

“Kalau ada program begini saya memang mahu sertai, menang kalah belakang cerita,” katanya.

Tomok ditemui Utusan Malaysia dalam sidang media konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-4 di Glanmarie, Shah Alam, semalam.

Pasangan itu membawa lagu Aku Penghiburmu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Gerhana (Datuk M Nasir) dengan cemerlang, sekali gus memastikan hadiah wang tunai bernilai RM10,000 menjadi milik mereka.

Menerusi persembahan itu, Tomok dan Sharul mengumpul sebanyak 64.5 markah meninggalkan lima pasangan lain iaitu Naqiu dan Joey Daud (59.0 markah).

Kemudian diikuti Ayie Elham dan Salman Asis (48.3 markah), Shiha Zikir dan Ieda Zikir (46.9 markah), Zahid dan Anne (35.8 markah) serta Didi Astillah dan Thamiera (31.5 markah).

Susulan kemenangan itu, Tomok dan Sharul memilih tema Irama Malaysia sebagai tema yang dipersembahkan setiap peserta pada konsert minggu kedua, Ahad depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN