Iddin Syah serik ditipu ratusan ribu ringgit - Utusan Malaysia

Iddin Syah serik ditipu ratusan ribu ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Iddin Syah mengakui trauma selepas ditipu kenalan sendiri sehingga kerugian ratusan ribu ringgit.

Iddin atau Muhammad Iddin Syah Mohd Fauzi, 29, berkata pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk berhati-hati menghulurkan bantuan kewangan.

“Fobia tu memang ada dan jadi takut mahu rapat dengan orang. Malah jadi pengajaran buat saya sampai takut nak beri orang pinjam duit.

“Saya sebelum ini berbaik dengan semua orang tapi lepas berlaku insiden sebelum ini (ditipu), takut nak jadi peramah malah lebih baik saya kecilkan kenalan.

”Saya tetap akan memberi bantuan tapi bukan berbentuk duit dan sekarang ini saya dah berhenti beri pinjam duit tak kisah keluarga,kawan rapat pun tidak lagi bagi pinjam duit ” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Iddin, walaupun kecewa ditipu, dia bersyukur apabila menerima berita gembira produk kecantikan yang dihasilkannya, ESW bakal dipasarkan ke luar negara iaitu Qatar, Indonesia, Brunei dan Nigeria.

“Saya memang dalam perancangan untuk pasarkan ke luar negara malah ada permintaan tinggi daripada pengguna luar negara.

“Produk kecantikan saya (ESW) dijangka akan berada dipasaran pada hujung tahun ini bermula di Indonesia dan Qatar,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya