Ibu tunggal bebas tuduhan bunuh anak perempuan

Ibu tunggal bebas tuduhan bunuh anak perempuan

A. MARIYAMMAH lega selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Seremben hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia enam tahun pada 2020. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Selepas empat tahun, seorang ibu tunggal akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia enam tahun.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap A.Mariyammah, 39, di akhir kes pendakwaan. 

Rohani berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira keterangan daripada saksi-saksi dan menimbang hujahan yang dikemukakan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan. 

“Setelah mendengar keterangan diberikan saksi dan menimbang hujahan dikemukakan kedua-dua pihak serta berdasarkan penilaian menyeluruh atas semua keterangan, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie.

“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” katanya pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh B.Kunavarsini yang ketika kejadian berusia enam tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara lebih kurang pukul 5.30 petang sehingga 6.30 petang pada 5 September 2020 di Apartment Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 8 di sini.

Sementara itu, Mariyammah ketika ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan berkenaan.

“Saya gembira kerana saya memang tak buat benda (bunuh) ini. Saya ucapkan terima kasih kepada peguam dan selepas ini saya dapat tengok anak perempuan semula yang berusia sembilan tahun dan anak lelaki enam tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya