Ibu bapa pengikut GISBH tidak tuntut anak takut ditahan polis

Ibu bapa pengikut GISBH tidak tuntut anak takut ditahan polis

Anak GISBH
BARISAN peguam bergambar bersama pemimpin GISBH dalam sidang akhbar berkaitan tahanan SOSMA pemimpin dan pengikut GISBH di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ibu bapa yang terlibat meninggalkan anak mereka di bawah jagaan sekolah agama dan rumah amal syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dipercayai tidak tampil menuntut anak mereka kerana khuatir ditahan polis.

Peguam mewakili GISBH, Rosli Kamaruddin berkata, selain itu terdapat ibu bapa kepada kanak-kanak termasuk bayi yang diselamatkan itu berada dalam tahanan polis menyebabkan mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kebanyakan yang dikatakan dah serah diri nak pergi jumpa dengan polis tapi ditangkap. Jadi ini termasuk dengan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

“Jadi itu, menyebabkan ada sedikit kekeliruan dan tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa semata-mata atau penjaga atau waris. Mereka takut mengambil risiko, mereka pula akan ditangkap oleh pihak polis,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan ibu bapa yang mahu menuntut anak-anak juga berdepan dengan kerenah birokrasi selepas JKM memperoleh perintah daripada mahkamah untuk meletakkan kesemua kanak-kanak itu di bawah jagaan mereka.

“Tetapi mendapat jawapan yang sangat sukar oleh kerana kerenah birokrasi. Di sini kita simpati dengan JKM, dengan bahasa mudah mereka pun jammed. Dekat mana, pusat mana, publik datang pun mereka tidak dapat memberikan maklumat itu.

“Pergi ke balai, balai kata pergi JKM. Pergi JKM, JKM kata ‘oh kita ada perintah mahkamah’,” jelasnya.

Kata Rosli lagi, beliau juga menyerahkan isu nasab keturunan anak-anak diselamatkan dariapda GISBH itu disiasat oleh jabatan agama Islam negeri ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengikut enakmen syariah sedia ada.

“Hukum ada. Perkara ini belum lagi, ini perkara yang baru dilemparkan. Benar ataupun tidak, masih dalam siasatan dan saya percaya yang ditahan, kebanyakannya masih ditahan, belum lagi ditemuduga ini anak siapa. Sudah buat DNA ataupun belum.

“Perkahwinannya bagaimana. Akad nikahnya bagaimana. Mereka belum ditanya. Apa yang berlaku sekarang, semuanya ada dalam media sosial,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya