Hutang terus meningkat jika tidak kurang defisit

Hutang terus meningkat jika tidak kurang defisit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hutang negara akan terus meningkat jika tidak mengurangkan defisit.

Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal.

“Kerajaan Madani mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

“Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah RM1.5 trilion ratau 80 peratus KDNK,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, hutang akan terus meningkat selagi tidak mengurangkan defisit.

“Langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus (2022); kepada lima peratus (2023) seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024) dan unjuran 3.8 peratus (2025).

“Atau dengan erti kata lain, jumlah hutang baharu yang kian menurun daripada sekitar RM100 bilion (2022) kepada lebih RM90 bilion (2023) seterusnya dianggar RM85 bilion  (2024) dan unjuran RM80 bilion  (2025).

“Saya menjanjikan kerajaan tidak akan menambah hutang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN