Hutang negara meningkat 8.6 % kepada RM1.173 trilion tahun lalu

Hutang negara meningkat 8.6 peratus kepada RM1.173 trilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1.173 trilion dicatatkan bagi hutang negara tahun lalu, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

“Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).

“Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat kerajaan,” kata laporan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya