Hun Haqeem janji hasilkan karya setimpal dengan bayaran - Utusan Malaysia

Hun Haqeem janji hasilkan karya setimpal dengan bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya janjikan karya yang berbaloi dengan bayaran.”

Demikian kata Hun Haqeem yang cuba meleraikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya akan menaikkan bayaran selepas meraih gelaran Aktor TV Popular di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), baru-baru ini.

Menurut Hun, nilai masih sama meskipun tidak memenangi anugerah itu memandangkan soal bayaran bukanlah keutamaannya selain mahu menghasilkan karya terbaik.

“Saya rasa nilai saya sama sahaja. Sama ada menang ABP atau tidak, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam karya serta lakonan.

“Soal harga, itu bergantung kepada tawaran yang diberikan atau ‘offer’. Terpulang kepada pihak yang memberi tawaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Enggan usaha kerasnya diambil kesempatan, Hun bagaimanapun berharap nilai yang diberikan tersebut setimpal dengan komitmen dan mutu lakonannya .

“Berkenaan tanggapan bayaran saya akan mahal selepas menang ABP, itu luar jangkaan saya. Namun, apa yang saya janjikan adalah lakonan yang berbaloi dengan bayaran sesebuah naskhah itu.

“Apabila tawaran sudah diterima, saya akan serahkan segala tenaga, masa dan jiwa saya untuk naskhah tersebut.

“Jadi, tawaran itu sepatutnya berbaloi. Orang-orang yang sudah bekerjasama dengan saya tahu komitmen yang saya akan berikan terhadap kerja,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hun bakal muncul dalam drama bersiri, From Saga With Love musim kedua yang turut dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya