Hukum harus baca yasin malam Jumaat

Hukum harus baca yasin malam Jumaat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum harus baca surah yasin malam Jumaat

Soalan
Saya keliru apakah yang dimaksudkan bidaah dalam Islam? Benarkah baca surah yasin pada malam Jumaat itu bidaah dan tiada nas?

Yasin
Seremban

JAWAPAN
Bidaah adalah sesuatu yang bercanggah dengan usul syariah. Bacaan yasin adalah harus pada malam Jumaat walaupun ia bukan sunnah kerana yang sunnahnya berselawat dan membaca surah al-Kahfi.

Wajib bayar zakat

Soalan
Ramai orang Islam menganggap bayar cukai pendapatan tidak perlu sebab umat Islam sudah membayar pelbagai jenis zakat. Komen ustaz?

Umi
Kajang

JAWAPAN
Kewajipan membayar cukai pendapatan termasuk dalam maslahah kenegaraan yang penting. Zakat adalah tuntutan agama dan terkandung dalam rukun Islam. Cukai berdasarkan kontrak kita dengan kerajaan, namun kerajaan wajib mengenakan cukai yang adil sahaja tanpa sebarang kezaliman.

Benarkah ramai penghuni neraka itu wanita?

Soalan
Diriwayatkan ketika Israk Mikraj baginda Rasulullah diperlihatkan ramai penguni neraka ialah wanita. Apakah sebabnya?

Siti
Kuantan

JAWAPAN
Hadis sedemikian bersifat khusus kepada kes-kes yang bersesuaian dengan kelakuan wanita, ia bukanlah menunjukkan kepada perbandingan dengan jumlah lelaki.. UTUSAN

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya