PETALING JAYA: Hujan lebat dan ribut petir diramalkan melanda sebahagian besar Semenanjung dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam malam ini.
Antara negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Berdasarkan amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), kawasan yang terbabit di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Muallim.
Di Terengganu adalah di Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Di Pahang membabitkan Raub, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Manakala di Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Johor melibatkan keseluruhan negeri.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN