Hujan lebat kebanyakan tempat seluruh negara  Hujan lebat kebanyakan tempat seluruh negara 

Hujan lebat kebanyakan tempat seluruh negara 

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 4 petang ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. 

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak; Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang); Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan); Selangor (Hulu Langat dan Sepang); dan Putrajaya. 

“Selain itu di Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban); Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) dan  Sabah: Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan),” menurut laman Facebook Met Malaysia, hari ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya