HSN24: Kejohanan e-sukan tawar hadiah RM70,000 - Utusan Malaysia

HSN24: Kejohanan e-sukan tawar hadiah RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari Sukan Negara (HSN) 2024 bakal memberi tumpuan kepada sukan elektronik (e-sukan) seiring dengan pertumbuhan pesat sukan berkenaan di seluruh dunia.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin berkata, pihaknya bersama E-Sports Putrajaya selaku Rakan Pelaksana Kejohanan E-Sports HSN buat kali ke-3 (edisi 2024) akan menampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama.

Jelasnya, Konami eFootball 2025 bakal melibatkan penyertaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan, selain perlawanan futsal lima sebelah berkonsepkan healthy gaming dalam acara e-sukan.

“MESF juga akan menampilkan pelbagai pertandingan permainan popular pada kejohanan kali ini seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Free Fire dan Tekken 8 bagi menarik lebih ramai golongan belia.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin

“Pastinya, mereka yang berminat dalam e-sports boleh memeriahkan Kejohanan e-sukan dan juga HSN 2024 pada tahun ini,” katanya.

Tambah Muhammad Naim lagi, program itu juga seiring dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperkasa belia khususnya generasi muda menyertai pelbagai bidang sukan terutama e-Sports.

“Pada penganjuran HSN 2024, melalui program pembangunan bakat, golongan belia, wanita dan komuniti berkeperluan khas berpeluang menonjolkan bakat, berinteraksi dengan pemain profesional, mendapatkan sokongan latihan dan menyertai platform pertandingan e-sukan.

“Ini bertepatan dengan tujuan melahirkan barisan pemain e-suka profesional sehingga melayakkan diri bertanding di kejohanan antarabangsa,” ujarnya.

Menariknya, pemain bakal merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM70,000 pada Kejohanan E-Sports di HSN 2024.

“Malah mereka berpeluang bertemu barisan pemain profesional tempatan seperti pasukan MLBB Selangor Red Giants yang merupakan Juara Dunia MSC 2024, Naquib Azlan dan Nabil Azlan dari pasukan Axle Esports, pemain eFootball JDT Esports, Norhaikal Noh, serta jaguh antarabangsa termasuk Juara Dunia Tekken World Tour 2023 iaitu Arslan Ash Siddique dari Pakistan.

“Selain itu, mereka juga boleh bertemu dengan Joka Rehman dari pasukan Falcons United Kingdom yang menjuarai Kejohanan Tekken Eropah 2023, serta Juara Tekken Asia Tenggara 2021 dari Thailand, Nopparut ‘Book’ Hempamor dari pasukan Talon.

“Bukan itu sahaja, terdapat juga kelainan yang dibawa pada tahun ini iaitu segmen Mari Mencuba Sukan Rekreasi, pertandingan cosplay, permainan VR, booth jualan dan banyak lagi aktiviti menarik menanti para pengunjung,” kongsi Muhammad Naim lagi.

Kejohanan Esports HSN 2024 akan berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Presint 3, Putrajaya pada 11 hingga 13 Oktober 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Belia & Sukan Negara (JBSN) dan Rakan Muda.

Manakala MESF bersama Esports Putrajaya sebagai Rakan Pelaksana kejohanan kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya