Hospital Bachok dijangka beroperasi bulan depan

Hospital Bachok dijangka beroperasi bulan depan

HOSPITAL Bachok, Kelantan akan beroperasi bulan depan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK:  Hospital Bachok yang dibina atas tapak berkeluasan 20.32 hektar dijangka dibuka untuk operasi  pada bulan depan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hospital tersebut mempunyai  bagunan utama tiga tingkat beserta komponen jabatan termasuk Dewan Bedah.

Menurut beliau, hospital tersebut juga  mempunyai satu tingkat blok bangunan mekanikal dan elektrik selain satu tingkat bangunan yang terdiri daripada pengurusan sisa bangunan ansilari, kolam tadahan dan pondok pengawal.

“Fasiliti ini bakal memberikan kemudahan yang lebih selesa  kepada penduduk sekitar daerah Bachok. Saya dimaklumkan bahawa  Hospital Bachok ini amat dinantikan penduduk tempatan di samping Klinik Kesihatan dan Klinik Desa sedia ada yang terhad  kepada saringan dan rawatan awal sahaja. 

“Kebanyakan kes berisiko  sebelum ini dirujuk ke Hospital Pakar USM (HPUSM) Kubang Kerian yang terletak kira-kira 15 kilometer (KM) dan Hospital Raja 

Perempuan Zainab II (HRPZ II) jarak 20km,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bcahok di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Fadillah memberitahu, dengan adanya kemudahan ini ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perjalanan ke hospital selain memberikan impak sosio ekonomi kepada rakyat di jajahan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya