Hormati semua pandangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan

Hormati semua pandangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan menghormati setiap pandangan berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, semua pihak masing-masing mempunyai pandangan yang hendak disuarakan dan menyatakan beliau menghormatinya.

“Saya hormati pandangan semua orang. Masing-masing ada pandangan yang hendak disuarakan. Saya hormati,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Seminar Adabul Ikhtilaf di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengkritik RUU tersebut yang dijangka dibawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua dalam masa terdekat.

Dilaporkan Mohd. Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak faham berkaitan ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mohd. Na’im berkata, RUU itu akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini jika tiada apa-apa aral.

Semasa menghadiri seminar yang diadakan di PUO, Menteri itu juga berkata perbezaan pandangan dalam masyarakat Islam perlu diuruskan dengan baik supaya tidak memecah-belahkan umat.

“Sebab itu seminar ini diadakan untuk memberikan pencerahan tentang adab diri kita apabila berbeza pandangan. Manusia ada pandangan masing-masing atas sesuatu isu itu.

“Apa yang penting dalam konteks kerajaan Madani di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk masyarakat memahami dan melaksanakan adab-adab ketika berselisihan pandangan,” katanya.

Katanya, menguruskan perbezaan pandangan merangkumi dari segi elak menggunakan perkataan yang tidak menjatuhkan maruah dan memfitnah orang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya