Hisham Hamid tidak perlu tayang badan untuk raih populariti - Utusan Malaysia

Hisham Hamid tidak perlu tayang badan untuk raih populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hisham Hamid mengelak daripada melakonkan adegan tayang badan.

Menurut Hisham, dia kurang selesa dan menganggap aksi itu bukanlah satu keperluan untuknya menghidupkan sesebuah jalan cerita.

“Saya tak selesa dan tak perlu. Pada saya, setiap babak yang dilakonkan itu mesti mempunyai tujuan dan mesej yang nak disampaikan. Kalau sekadar nak tayang badan, saya rasa tak perlu. Benda itu antara salah satu perkara yang saya titik beratkan. Saya selalu bincang dengan pengarah untuk elak melakukan adegan keterlaluan.

“Penonton sekarang dah bijak dan tak perlu kita buat bulat-bulat. Kita cuba minimalkan ‘daring’. Ada babak yang tidak perlu memakai baju macam tu saya tolak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menyedari kebanyakan pelapis baharu berani menayang badan kepada umum sebagai pelaris sesebuah naskhah, Hisham berpendapat itu merupakan pilihan peribadi masing-masing kerana mereka sahaja yang tahu motif diaebalik tindakan tersebut.

“Kalau badan dia cantik takpalah nak tunjuk. Itu pilihan peribadi masing-masing. Saya sendiri tak pernah tayang badan di media sosial sebab saya tak suka dan tiada motif.

“Kalau dia nak tunjuk badan sebagai satu ‘marketing tool’ untuk watak aksi, takpalah itu tujuan yang baik. Kalau nak buat peminat cair itu terpulang pada mereka,” jelasnya.

Sebagai pelakon yang sudah lama berada dalam industri, Hisham turut mengakui dia tidak tergugat sama sekali dengan keberanian yang dipamerkan oleh pelapis baharu untuk meraih populariti.

Namun, pelakon itu lebih selesa untuk terus menjaga penampilan diri dengan cara tersendiri demi kekal relevan dalam industri seni tanah air.

“Saya rasa saya hanya kena terus jaga penampilan kalau tidak orang akan lupa. Sebab industri ini, orang nak tengok yang indah saja. Jadi saya kena kekalkan lakonan dan penampilan itu biar selari.

“Dari segi penjagaan wajah, saya tiada rutin. Saya cuma amalkan walaupun habis ‘shooting’ lambat saya akan tetap mandi dan cuci muka pakai sabun mandi yang sama.

“Orang kata itu tidak baik tapi saya okay saja. Saya juga banyak minum air mineral sekurang-kurang tiga liter sehari dan makan banyak makan benda pahit macam peria sebab itu detoks dan ada manfaat untuk kulit,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Hisham ketika ditemui pada sesi sidang media drama bersiri, Andai Tiada Dia, di sini, semalam.

Hisham turut mendedahkan dirinya sanggup diet dan menjaga pemakanannya sepanjang pengambaran drama tersebut demi mendapatkan penampilan yang tepat dengan bababk yang dijayakan.

“Untuk drama ini, saya cabar diri saya untuk diet untuk nampakkan transisi yang berbeza dalam drama ini. Jaga memang kena jaga sebab kita hero drama. Sebelum ini, saya pergi gim dan berlari. Setakat ini saya sudah turun enam kilo dari 89kg,” ujarnya.

Selain Hisham, drama bersiri Andai Tiada Dia itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan ramai lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya