Himpunan solidariti: Tujuh individu selesai dirakam keterangan

Himpunan solidariti: Tujuh individu selesai dirakam keterangan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini mengambil keterangan seramai tujuh individu berkaitan himpunan solidariti dikatakan tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tujuh individu telah selesai dirakam percakapan dan kertas siasatan akan diselesaikan dalam minggu ini.

“Keputusan bagi pendakwaan dan sebagainya akan diputuskan oleh Jabatan Peguam kelak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, segala himpunan yang dilaksanakan perlu memberi notis serta memohon kebenaran tuan tanah.

Media sebelum ini melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti berkenaan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilapor berkata, seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestin dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada pukul 8.10 pagi.

Katanya berkata, proses dokumentasi keatas semua peserta perhimpunan telah dibuat untuk siasatan selanjutnya.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya