Himpunan Solidariti: Kes dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya

Himpunan Solidariti: Kes dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya

KES tujuh individu yang menyertai Himpunan Solidariti di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant baru-baru ini, telah dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes tujuh individu terlibat dalam Himpunan Solidariti di Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant baru-baru ini, telah dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, kertas siasatan telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 2 Oktober 2024.

Semalam, polis setakat ini mengambil keterangan seramai tujuh individu berkaitan himpunan solidariti dikatakan tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tujuh individu telah selesai dirakam percakapan dan kertas siasatan akan diselesaikan dalam minggu ini.

“Keputusan bagi pendakwaan dan sebagainya akan diputuskan oleh Jabatan Peguam kelak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya