Henti ketegangan Asia Barat

Henti ketegangan di Asia Barat

KESAN kemusnahan di tapak serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut, Shayyah, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyeru semua pihak berkepen­tingan di Asia Barat supaya me­redakan ketegangan yang se­­makin memuncak dengan se­gera kerana ia menjejaskan kestabilan rantau tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Se­ri Anwar Ibrahim berkata, pen­cerobohan dan serangan ber­terusan Israel terhadap Lubnan, Syria dan Yaman adalah satu tindakan yang disengajakan.

Katanya, ia bertujuan me­ngalihkan perhatian masyarakat antarabangsa daripada kekejaman dan tindakan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Ketegangan ini jelas bertujuan mengekalkan kuasa politik pemimpin Israel dan mengelakkan daripada hukuman penjara, pembunuhan nyawa tidak berdosa demi karier politik individu,” katanya semalam.

Perdana Menteri berkata, dunia harus bertindak segera bagi membendung tindakan susulan dan tindak balas berbahaya yang dikhuatiri melibatkan le­bih banyak pihak ke dalam konflik tersebut.

Anwar berkata, keterlibatan lebih banyak pihak dalam konflik itu hanya merumitkan lagi keadaan sekali gus memperluas skala kemusnahan.

“Malaysia menggesa semua pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan se­ge­ra bagi mengurangkan ke­te­gangan dan mewujudkan ke­adaan yang diperlukan bagi menghalang konflik serantau yang lebih luas daripada meletus,” katanya.

Ketegangan di Asia Barat kian memuncak apabila Israel me­lancarkan beberapa siri serangan udara terhadap Lubnan sehingga mengakibatkan kematian Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah di Beirut.

Susulan itu, Iran dilaporkan mula bertindak balas terhadap kematian Hassan Nasrallah yang merupakan sekutunya dengan melancarkan serangan peluru berpandu balistik berkelajuan tinggi dengan mensasarkan Tel Aviv, Israel.

Kestabilan rantau Asia Barat kini tidak menentu apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan tindakan Iran itu merupakan satu ‘kesilapan besar’ dan bertekad membalas serangan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya