Hawa sedia jalin kerjasama dengan NGO tempatan selaras bantuan banjir

Hawa sedia jalin kerjasama dengan NGO tempatan selaras bantuan banjir

SHAHRIZAT Abdul Jalil (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Norliza Abdul Rahim (lima dari kiri) ketika menghadiri majlis peluncuran Hawa Meet Penang 2024 di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, UMNO Malaysia (Hawa) akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Pengerusi Hawa, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Hawa bersama NGO-NGO tempatan itu akan menyantuni mangsa-manga banjir mengikut keperluan semasa mereka.

”Kita akan bergabung dengan NGO-NGO tempatan serta kerajaan-kerajaan negeri di negeri yang terlibat dengan banjir untuk membantu mereka

”Itulah tujuan Hawa ditubuhkan iaitu kita menjadi penyambung antara rakyat dan kerajaan dan kita sudah bersiap sedia untuk tugas ini,” katanya selepas menghadiri majlis peluncuran Hawa Meet Penang 2024, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Hawa Pulau Pinang, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol.

Pada majlis itu, kira-kira 70 NGO berkaitan hal ehwal wanita tempatan mengadakan pertemuan sesi jaringan bersama Shahrizat bagi bekerjasama dengan Hawa dalam pelbagai isu.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, Hawa juga akan berperanan sebagai penyelaras antara NGO-NGO tempatan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

”Macam sekarang ini kita tengok ada banyak NGO dan terdapat banyak keperluan mangsa-mangsa banjir. Jadi, kita akan selaraskan NGO untuk mudahkan bantuan sampai kepada mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Norliza berkata, Hawa Pulau Pinang bersedia menjadi penyelaras kepada NGO-NGO di negeri ini agar bantuan kepada mangsa banjir dapat memenuhi keperluan setiap mangsa.

”Ketika banjir, kadang-kadang kita lihat semua NGO asyik bagi beras kepada mangsa banjir. Sebenarnya, mereka (mangsa banjir) perlu banyak lagi keperluan selain beras.

“Jadi, Hawa Pulau Pinang akan selaraskan NGO agar bentuk bantuan kepada mangsa banjir lebih efektif selain memastikan barangan yang disumbang kepada mangsa banjir merangkumi keseluruhan keperluan untuk keluarga mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya