Hasut: Keputusan representasi Papagomo 6 Januari tahun depan 

Hasut: Keputusan representasi Papagomo 6 Januari tahun depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Januari depan untuk mengetahui status representasi  dihantar bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan yang dihadapinya.

Pada 2 Mei lalu, Wan Muhammd Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, di laman Twitter atau X miliknya. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya baru menerima representasi daripada pihak peguam.

“Pihak pendakwaan baru sahaja menerima representasi untuk kes ini pada 15 Oktober lalu, saya memohon kepada mahkamah untuk memberikan satu tarikh lain bagi keputusan representasi kes ini,” kata Wan Ahmad Hijrah.

Peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Papagomo didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi aplikasi X ‘Sir Azri’ di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, pukul 12 tengah hari, Isnin lalu. 

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pada 27 Mei lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Wan Muhammad Azri untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya sehingga kes selesai.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya