Hasil kutipan denda pesalah kes cemar sungai akan perkasa balik JAS

Hasil kutipan denda pesalah kes cemar sungai akan perkasa balik JAS

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bakal memanfaatkan hasil kutipan denda kes alam sekitar bagi memantapkan lagi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Perkara tersebut antara dibayangkan oleh menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai usaha serius dalam menangani isu pencemaran teruk melibatkan beberapa sungai di negara ini dan ada dibincangkannya dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Secara dasar, Kementerian Kewangan menyatakan keterbukaan namun saya berharap idea ini dapat direalisasikan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 6 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan terdapat 25 sungai di Malaysia yang dipantau oleh pihak JAS berada dalam kategori tercemar.

Justeru, beliau yakin pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan pada 7 Julai lalu bakal memantapkan aktiviti pencegahan kes pencemaran dan penguatkuasaan yang memberikan keutamaan kepada hukuman denda dinaikkan sehingga maksimum RM10 juta.

Pihak JAS ketika ini perlu memantau sejumlah 672 sungai di Malaysia dan juga meningkatkan kualiti airnya selaras dengan pelan tindakan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu.

Daripada bilangan itu, 486 sungai atau 72 peratus masih berada dalam kategori bersih, 161 pula atau 24 peratus adalah sederhana dan baki 25 sungai atau empat peratus tercemar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya