Harga sayur naik: KPDN KPM berhubung harga sayur naik

Harga sayur naik: KPDN KPM berhubung harga sayur naik

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada Program Lawatan Kerja ke Carsome, di Petaling Jaya, di sini hari ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhubung jangkaan kenaikan harga sayur tiga kali ganda hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya akan memantau perubahan harga dan akan bertindak sekiranya berlaku sebarang kenaikan mendadak.

“Perkara ini masih terlalu awal untuk saya komen, tapi KPDN sentiasa komited dan akan memantau sebarang kenaikan harga atau melibatkan bekalan, KPDN sentiasa akan bekerjasama dengan KPKM,” Katanya ketika ketika menghadiri Program Lawatan Kerja ke Carsome di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan, harga sayur-sayuran dijangka meningkat tiga kali ganda pada November dan Disember depan susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang berpotensi mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan seluruh negara.

Mengulas perkara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan memastikan bekalan sayur-sayuran mencukupi.

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN akan membuat perincian berkenaan lantikan pemborong utama (DDW) dan peruncit terpilih (DDR) di setiap daerah yang bakal dibenarkan menambah kuantiti had simpanan bekalan barang kawalan melebihi 30 peratus daripada had sedia ada sepanjang tempoh bencana.

“Memang kita sudah bersedia dan semua yang terlibat sudah diantik dan kita akan buat pengumuman secara spesifik nanti.

“Komitmen utama adalah untuk memastikan bekalan tidak terputus kepada rakyat termasuk di kawasan yang terkesan dan dijangka terkesan dengan banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya